Monday 22 February 2016

Masih Ingat ?

Beruang Luka .
Masih ingat dengan nama itu ?
Nama yang Kau kenalkan pada aku 5 tahun lepas .
Masih segar dalam ingatan .
Tiada satu pun kenangan yang tertinggal .
Tiada .

Gerai cendol Kuala klawang .
Masih ingat ?
Tempat pertama Kita lepak minum .
Tanpa pengetahuan sesiapa .
Aku hanya pakai baju batik sekolah .
Dan Kau ? Bawa kereta kelisa.

Klcc .
Masih ingat ?
Tempat pertama Kita pergi Lepas aku habis SPM .
Kau tidur dalam wayang .
Dan aku tak mahu balik .

Janji .
Masih ingat ?
Terlalu banyak , sehingga aku tidak dapat senaraikan .

On call .
Masih ingat ?
Kau sanggup beratur , hanya untuk cakap dengan aku .
Dan aku sanggup tunggu sehingga subuh .
Jika tiada pangilan malam itu . Aku hanya positive .
Kau penat Dan perlu rehat .

Airmata .
Masih ingat ?
Aku menangis tanpa sebab .
Dan Kau mula tanya kenapa .
Aku tiada jawapan . yang aku tahu , Aku Rindu Kau .

Salah Faham .
Masih ingat ?
Kadang hanya perkara kecil .
Aku sedar , aku begitu sensitive .
Tapi Kau juga perlu tahu .
Yang aku takut kehilangan Kau .

Hadiah .
Masih ingat ?
Dua kemeja yang diletakan dalam kotak kasut .
Semperna hari jadi Kau .
Dan baju itu tak muat .

M.nasir .
Masih ingat ?
Kau tidak bagi aku tukar lagu lain .
Hanya lagu m.nasir di dalam kereta .

Ahmad Syukri Rahman .
Masih ingat ?
Aku tidak pernah lupa walau sesaat .
Masih segar dalam ingatkan Dan doa .
Kau ? Mungkin sudah lupa .









No comments:

Post a Comment