Monday 9 November 2015

Terima Kasih !

Terima Kasih !
Ouh sebelum itu , aku terdetik type bila tiba tiba teringat Kau .
Teringat ? Ya , tidak mengapa . Itu perkara biasa . Hee .

Okay , terima kasih .
Untuk apa ? Untuk semuanya . Dari mula sampai sekarang .
Susah Untuk cakap sampai berakhir . Sb itu untuk yang putus cinta .
Haha , Kita bukan itu . Kita pelik sikit dari yang biasa .

Kau pilih dia dari aku . Mulanya sakit , tapi sekarang sudah sebati .
Aku ikhlas walaupun ikhlas tidak terungkai dengan kata kata .
Tapi Kau kenal aku . Hee . Dia lebih baik dari aku , kerana itu aku ikhlas .
Kau faham maksud aku .

Ouh ya , terima kasih juga sebab dah bawak aku masuk dalam music M.Nasir .
Haha . Minat ? Ya , aku sudah minat . Walaupun tanpa kau . Aku tetap pergi konsert dia .
Kerana minat . Haha .

Seperkara lagi , aku tidak pernah lari . Cuma menghormati keputusan masing masing . Hubungan kau dan keluarga aku sama seperti biasa . Aku tidak akan ubah itu . Benci ? Jauh sekali . Malah kadang kadang rindu , rindu dengan perkara dulu . Tapi lama lama akan hilang juga . Jangan risau .

Ini bukan untuk menagih simpati , cuma datang berserta perasaan yang entah kenapa .
Haha , biasa lah aku ni . Tidak pernah faham dengan perasaan sendiri . Hee .

Terima Kasih Kay .
Daripada 'Adikmu' .
*ketawa itu juga ikhlas :)

No comments:

Post a Comment