Thursday 30 April 2015

SUATU HARI NANTI

Bila suatu hari nanti kau datang memberi cinta .
Mungkin aku sudah tidak perduli
atau mungkin hati aku ini sudah mati .

Jangan pernah bertanya soal janji ,
kerana kau sendiri tidak berpegang pada janji .
Jangan bertanya soal masa depan ,
kerana kau sendiri tidak pernah fikirkannya .
Jangan pernah bertanya soal hati dan perasaan aku ,
kerana kau sebelum ini tidak pernah perduli .

Pergi ! Tinggalkan aku sendiri .
Aku lebih rela begini ,
dari terus menangis kerana kau .

Sayang itu sudah lama mati ,
itu semua kerana sikap kau sendiri .
Rasa rindu itu sudah lama pergi ,
pergi bersama angin yang lalu .

Pergilah ! Bina hidup baru kau tanpa aku .
Anggap saja aku sudah lama mati .
Ini bukan balasan untuk kau ,
tapi ini keputusan aku .

Cukup lah ! Aku tidak sanggup sakit lagi ..

No comments:

Post a Comment